27 Nov 2013

Pelayaran KLD Tunas Samudera 6-16 Oct 2013

Hari ni aku rasa masa kat opis ni banyak yang terluang, jadi aku ambil kesempatan untuk mengupdate blog yang dah lama terbiar ibarat rumah yang tanpa pemilik....Untuk ruangan kali ni aku masukkan beberapa keping gambar kenangan semasa menyertai Pelayaran KLD Tunas Samudera LUMUT-BELAWAN-LUMUT VOY294/13 pada 6-16 Oktober 2013...Sepanjang pelayaran pergi dan pulang berbagai pengalaman yang memang x dapat dinilai dengan duit...Kalau nak cerita pasal mabuk laut memang x tercerita...aku sendiri tersadai atas dek terbuka kapal tu...x boleh bangun tu bro...klu bangun rasa nk tumbang, nk makan pun x de selera..masuk je keluar balik...sampai muntah hijau la...Tapi aku rasa puas dengan pengalaman ni...Akhir kata aku ucapakan berbanyak terima kasih pada kru kapal kerana banyak mengajar tentang asas pelayaran...Untuk pelitih-pelatih mcm aku, tahniah diucapkan sbb sama-sama selamat dan berjaya kembali ke tanah air dan menerima sijil penyertaan yang amat beharga.

 
 
 Pelatih-pelatih Pelayaran VOY294/13 bergambar kenangan
 
 
Ketika baru sampai di Jeti TLDM Lumut
 

Kali pertama menjejakkan kaki di atas Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera

 
 Pakaian rasmi ketika sepanjang pelayaran
 

Dalam Kabin Kapal Layar / Bilik Tidur
 
 
Setelah 2 hari pelayaran, maka tibalah di Pelabuhan Belawan, Indonesia
 
 
Buku Skrap KLD Tunas Samudera

 
 Isi Kandungan Buku Skrap KLD Tunas Samudera

 
Hasil dari Pelayaran